Wednesday, 4 May 2016

3) SIFAT VERSATILE (TUGASAN 1)

3) TOKOH KEUSAHAWANAN YANG VERSATILE.

DR. HARUHISA HANDA
Dr. Haruhisa Handa dan turut dikenali sebagai Toshu Fukami dilahirkan pada tahun 1951 merupakan seorang usahawan yang versatile. Beliau telah menghadiri Universiti Doshisha di mana beliau menerima ijazah dalam bidang ekonomi. Beliau kemudian pergi untuk belajar dengan kelas Master di Musashino Academia Musicae di mana beliau lulus dengan utama dalam muzik vokal. Beliau memperoleh ijazah sarjana dalam seni kreatif dari WAAPA (Australian Academy West Seni Persembahan) di Edith Cowan University, West Australia, serta dalam Kesusasteraan dari Akademi Seni & Design di Universiti Tsinghua.

Dr. Handa terlibat dalam pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan termasuk puisi, gubahan muzik, persembahan instrumental, persembahan vokal, lukisan, balet klasik, Peking opera, lakonan, dan sebagainya. Beliau seorang pengarang terkenal dan artis, menjual sejumlah besar buku-buku dan lukisan, video muzik, dan koleksi CD.
Artis
·         Chairman and Founder of International Foundation for Art and Culture
·         Chairman and Founder of Tokyo Art Foundation (TAF)
·          Chairman of the Organizing Committee for the International High School Arts Festival
·         Advisor of the Modern Japan Calligraphers Association 
·         Board member of Japan Cultural Designers Association 
·          Member of the Nohgaku Performance Association
·          Organizer representative of Tokyo Dai Takigi Noh, an annual Noh performing arts event in
·         Member of Japanese Centre PEN International 
·          Member of the Modern Haiku Association



Professor
·         Chancellor and professor of The University of Cambodia (UC)
·         Governor of the Pacific Forum CSIS
·         Chairman and Founder of Asia Economic Forum (AEF)
·          Senior international commentator for Southeast Asia Television (SEATV)
·          Honorary Fellow of Corpus Christi College at the University of Oxford.
·          Honorary Fellow of the School of Oriental and African StudiesSOAS)
·          Honorary Doctor of Philosophy degree from the University of Gloucestershire.

1) SIFAT INTEGRITY AND RELIABILITY (TUGASAN 1)

  1. FAIZA BAWUMI SAYED AHMAD (INTEGRITY AND RELIABILITY)


Umur : 71 Tahun

Asal : Mesir

Jawatan : Pengarah Urusan Syarikat Faiza                    Sdn. Bhd

Pendidikan : Diploma Jahitan

Antara anugerah yang diterima:

•       Anugerah Aspirasi wanita anjuran         PadiBeras Nasional BERNAS 2014 ..8.11.14

  • Anugerah Tokoh Maulidur Rasul tahun 2010
  • anugerah Superbrand Taj Mahal oleh Superbrand Malaysia pada November 2003
Antarai tokoh usahawan yang terdapat di negara ini mempunyai sifat Integriti dan kebolehpercayaan yang tinggi ialah Faiza Bawumi Sayed Ahmad yang merupakan pengasas jenama Beras Faiza di bawah Syarikat Faiza Sendirian Berhad (Sdn.Bhd). Apabila berbicara mengenai permulaan Faiza memasuki dan  mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan beliau telah menjalankan banyak jenis perniagaan dari perniagaan pintu ke pintu, seterusnya membuka kedai runcit sehinggalah dapat membuka satu syarikat besar.
Hajjah Faiza mula terlibat dengan dunia perniagaan secara tak langsung dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 selain menjual pelbagai barangan dapur. Kemudian menhasilkan pelbagai rempah kari di bawah jenama Bunga Raya yang dilakukan di rumah dan mengedarkannya di kedai-kedai dan akhirnya membuka kedai runcit dengan modal menjual rempah kari tersebut.. Oleh itu, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Dek mempunyai sifat Integriti dan kebolehpercayaan dalam diri Faiza membuatkan ramai yang hendak membeli beras yang dipasarkannya. Setelah mendapat ‘feedback’ yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam.

4) LEADERSHIP SKILL (TUGASAN 1)


4) LEADERSHIP SKILL 



USAHAWAN WANITA , 



USAHAWAN WANITA , Datuk Maznah Hamid. –Kemahiran Kepimpinan

 Datuk Maznah Hamid atau sinonim dengan gelaran 'Iron Lady' menjadi ikon pilihan saya. Datuk Wira Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawa Securiforce yang dikenali secara tidak langsung 33 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih daripada 400 buah syarikat lain seumpamanya .
Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih daripada 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cerdas, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang prinsip 'kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan'.
Beliau juga memiliki visi yang jelas dan harus mensosialissikan dan merealisasikan visi tersebut kepada bawahan sehingga bawahan bekerja. Pengingatan beliau telah menyeru orang ramai mesti berusaha dan teguh bagi memegang masa depan yang cahaya dan cemerlang.

Securiforce Logistik memiliki banyak cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai kisah kejayaan Datuk Wira Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan menjadi contoh lambing untuk segala lapisan masyarakat di seluruh dunia. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.
Kecemerlangan dan ketokohannya, beliau telah dikurniakan anugerah-anugerah berikut :
v  Anugerah Graduan Cemerlang Daya Kepimpinan Diri - PDL.
v  Anugerah Tokoh Usahawan – DPMM (WP) – 1990
v  Anugerah Kecemerlangan Wanita 2005 – Majalah Her World
v  Anugerah Usahawan Luarbiasa – National Women Entrepreneurs Award 2008 - (NWEA - SMIDEC)
v  Anugerah Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York
v  Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 (Finalis)
v  Anugerah Platinum Entrepreneur Award 2011 – SME Recognition Award 2011

Antaranya beliau telah dilantik menjadi:
  • Vice President of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)
  • Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad
  • Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn Bhd. (UPSB) - UUM
  • Ahli Lembaga Pengarah, Uniutama Managament Holdings Sdn Bhd (UMHSB) – UUM

2) SIFAT INNOVATOR (tugasan 1)



2) IRFAN KHAIRI (INOVATOR)

Irfan Khairi atau nama sebenarnya Noor Irfan Khairi Noor Azmi merupakan seorang usahawan yang berinovator.  Beliau pernah menerima anugerah Young Innovation Awards 2006. Belaiu merupakan bekas pelajar Universiti Teknologi Mara(UiTM). Irfan Khairi juga merupakan bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam Multimedia Design lepasan Staffordshire University. 

Beliau juga telah menerima peluang pekerjaan yang telah ditawarkan di Syarikat IT terbesar di Birmingham, United Kingdom dan Netmedia(UK). Beliau telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk mereka cipta sistem pembelajaran internet kepada sekolah-sekolah di UK iaitu Learning Grid  dan menjadi perunding internet terkemuka di sana. Pada tahun 1999 beliau memulakan perniagaan internet beliau secara sambilan dan selepas mendapat keuntungan yang lumayan beliau telah berhenti kerja serta menumpukan sepenuh perhatiaannya kepada perniagaan internet miliknya. Akhir sekali, Irfan Khairi telah mencipta perniagaan internetnya yang diberi nama IdeaBubble, E-book, mencipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO(Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel, perunding multimedia , E- Niaga dan e-pembelajaran. Beliau juga telah menulis sebuah buku untuk berkongsi rahsia kejayaannya yang bertajuk ‘ Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar’. Untuk mencapai sesuatu kejayaan kita mestilah yakin dan terus berusaha, suatu ketika semasa beliau belajar di UK beliu pernah menjadi tukang cuci untuk membeli buku motivasi. 

Pencapaian Irfan Khairi:
-          Menerima Young Innovator Awards (2006).
-          Lepasan Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design Universiti Staffordshire.
-          Mencipta Learning Grid di United Kingdom (UK).
-          Perunding internet terkemuka di United Kingdom (UK).
-          Mencipta perniagaan internet Ideabubble, E-book,perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization),perundingan multimedia, E-Niaga dan E-Pembelajaran)
-          Menulis buku motivasi Rahsia menjadi jutawan.
-          Pakar perniagaan internet terkemuka.

Thursday, 21 April 2016

MAKSUD KEUSAHAWANAN


PENGENALAN

Usahawan, itulah gelaran dan nama yang sering kita dengar dan banggakan di serata dunia. Usahawan ini bukan sekadar cita-cita atau angan-angan kosong sahaja, untuk menjadinya, seseorang itu perlulah mempunyai sifat berazam, bersemangat tinggi, kreatif dan sebagainya bagi mengekalkan perniagaan yang diterajui olehnya. Menjadi seorang peniaga biasa bukanlah satu masalah yang besar. Tetapi jika ingin menjadi seorang usahawan, seseorang itu perlu mempunyai daya pemikiran yang kritis serta tidak mudah berputus asa.
Perkataan usahawan ini membawa maksud tugas atau tanggungjawab. Ianya berasal dari perkataan perancis iaitu ‘intreprendre’. Perkataan ini telah di inggeriskan pada tahun 1775 iaitu ‘intrepreneur’ oleh Richard Cantillon. Pelbagai pihak telah membuat kajian dan mencari maksud sebenar usahawan ini. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi yang ke empat telah mentakrifkan makna usahawan sebagai seseorang yang telah mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha membawa maksud pekerjaan yang dilakukan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.