8)KESEDARAN ETIKA( ETHICAL CONSCIOUSNESS)
DATO' SITI NUR HALIZA
Berkongsi angan-angan ini dengan suami tercinta iaitu
Dato’ Seri Khalid , angan-angan Dato’ Siti telah disokong sepenuhnya oleh
suami. Beliau turut dibantu oleh kawan-kawan rapat dan pakar-pakar industri sebagai rakan kongsi perniagaan. Pada
tahun 2008 menandakan satu permulaan perjalanan keghairahan dan komitmen
untuk menjadikan SimplySiti sebagai satu jenama yang benar-benar melambangkan
wanita yang diilhamkan oleh Dato’ Siti. Harapan beliau agar produk kosmetik
beliau dapat dipasarkan di pasaran Negara luar seperti Singapura, Brunei,
Indonesia serta Timur Tengah. Hal ini demikian kerana produk kosmetik beliau
didiktiraf oleh Jakim dan bakal pengguna produk ni majoritinya muslim.
Berdasarkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang teliti , reka bentuk
pembungkusan yang menarik, sehinggalah kepada pemilihan bahan-bahan semula jadi
untuk manfaat maksimum,telah dilakukan secara berhati-hati.
Ketika R&D dijalankan selama 6 bulan Dato’ Siti
telah mengguna dan menguji sendiri produk yang diproses sebelum ianya berjaya
dipasarkan kepada orang ramai. Umum mengetahui bahawa Korea merupakan pusat
pembikinan dan penghasilan produk
kosmetik yang terhebat di dunia. Dato Siti dan pasukannya telah mengambil
inisiatif dengan membawa beberapa ahli saintis Korea ke Malaysia. Tujuan utama
adalah untuk mengkaji dan merasai cuaca di sini supaya mereka faham masalah
dialami oleh wanita-wanita di Malaysia. Bahan-bahan yang digunakan dalam
produk Simply Siti adalah berunsurkan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak
daun Prunella Vulgaris. Ekstrak daun ini mampu merawat semula luka dan radang
kulit.
Namun begitu, Dato’ Siti telah
diduga dengan kenyataan bahawa produk kosmetik SimplySiti dikatakan mengunakan
berus bulu babi dalam produknya. Menjawab andaian negatif yang mampu
menjatuhkan perniagaan serta mencemarkan imej baik yang dipelihara beliau,
Dato’ Siti telah menafikan dakwaan tersebut dengan segera. Sejurus selepas itu,
dalam masa beberapa hari sahaja, kesemua produk keluaran syarikat beliau disahkan
secara rasmi telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam
Malaysia (JAKIM) sebelum dipasarkan kepada umum.
Mula diadakan dengan pemahaman tentang cabaran zaman
moden wanita, SimplySiti dengan slogan " rahsiaku kini milikmu" telah
dilancarkan pada Mac 2010. Setelah 3
tahun, SimplySiti telah membina kedudukannya dalam pasaran kecantikan, sebagai
jenama yang menjanjikan 'Simply Beautiful' dan memastikan untuk menyediakan dan
memenuhi keperluan kecantikan wanita Malaysia dan seterusnya.
No comments:
Post a Comment