4) LEADERSHIP SKILL
USAHAWAN WANITA ,
USAHAWAN WANITA , Datuk Maznah Hamid. –Kemahiran Kepimpinan
Datuk
Maznah Hamid atau sinonim dengan gelaran
'Iron Lady' menjadi ikon pilihan saya. Datuk Wira
Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau
telah membawa Securiforce yang dikenali secara tidak langsung 33 tahun dahulu
menjadi sebuah syarikat kawalan
keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih daripada 400
buah syarikat lain seumpamanya .
Beliau
kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih daripada 6,000
kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis
peluru. Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat
waja, cerdas, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang prinsip 'kita
mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan
mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan'.
Beliau
juga memiliki visi yang jelas dan harus mensosialissikan dan merealisasikan
visi tersebut kepada bawahan sehingga bawahan bekerja. Pengingatan beliau telah
menyeru orang ramai mesti berusaha dan teguh bagi memegang masa depan yang
cahaya dan cemerlang.
Securiforce
Logistik memiliki banyak cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang
menarik mengenai kisah kejayaan Datuk Wira Dr. Maznah ialah kesemua anak
syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa bantuan kewangan daripada bank.
Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan menjadi contoh lambing
untuk segala lapisan masyarakat di seluruh dunia. Prinsip kejayaan beliau
ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.
Kecemerlangan
dan ketokohannya, beliau telah dikurniakan anugerah-anugerah berikut :
v
Anugerah Graduan Cemerlang Daya Kepimpinan Diri -
PDL.
v
Anugerah Tokoh Usahawan – DPMM (WP) – 1990
v
Anugerah Kecemerlangan Wanita 2005 – Majalah Her
World
v
Anugerah
Usahawan Luarbiasa – National Women Entrepreneurs Award 2008 - (NWEA - SMIDEC)
v
Anugerah
Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan,
Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York
v
Anugerah
Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 (Finalis)
v
Anugerah
Platinum Entrepreneur Award 2011 – SME Recognition Award 2011
Antaranya beliau telah dilantik menjadi:
- Vice President of the
Women World Entrepreneur Association (FCEM)
- Ahli Lembaga Pengarah
Golden Hope Plantations Berhad
- Pengerusi, Ahli Lembaga
Pengarah Uniutama Property Sdn Bhd. (UPSB) - UUM
- Ahli Lembaga Pengarah, Uniutama Managament Holdings Sdn Bhd (UMHSB) – UUM
No comments:
Post a Comment