2) IRFAN
KHAIRI (INOVATOR)
Irfan
Khairi atau nama sebenarnya Noor Irfan Khairi Noor Azmi merupakan seorang
usahawan yang berinovator. Beliau pernah
menerima anugerah Young Innovation Awards 2006. Belaiu merupakan bekas pelajar
Universiti Teknologi Mara(UiTM). Irfan
Khairi juga merupakan bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam Multimedia Design
lepasan Staffordshire University.
Beliau juga telah menerima peluang pekerjaan
yang telah ditawarkan di Syarikat IT terbesar di Birmingham, United Kingdom dan
Netmedia(UK). Beliau telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk mereka
cipta sistem pembelajaran internet kepada sekolah-sekolah di UK iaitu Learning
Grid dan menjadi perunding internet
terkemuka di sana. Pada tahun 1999 beliau memulakan perniagaan internet beliau
secara sambilan dan selepas mendapat keuntungan yang lumayan beliau telah
berhenti kerja serta menumpukan sepenuh perhatiaannya kepada perniagaan
internet miliknya. Akhir sekali, Irfan Khairi telah mencipta perniagaan
internetnya yang diberi nama IdeaBubble, E-book, mencipta laman web dan grafik,
perkhidmatan SEO(Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel,
perunding multimedia , E- Niaga dan e-pembelajaran. Beliau juga telah menulis
sebuah buku untuk berkongsi rahsia kejayaannya yang bertajuk ‘ Rahsia
Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar’. Untuk mencapai sesuatu kejayaan kita
mestilah yakin dan terus berusaha, suatu ketika semasa beliau belajar di UK
beliu pernah menjadi tukang cuci untuk membeli buku motivasi.
-
Menerima Young Innovator Awards (2006).
-
Lepasan Ijazah Sarjana Muda Multimedia
Design Universiti Staffordshire.
-
Mencipta Learning Grid di United Kingdom
(UK).
-
Perunding internet terkemuka di United
Kingdom (UK).
-
Mencipta perniagaan internet Ideabubble,
E-book,perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization),perundingan multimedia,
E-Niaga dan E-Pembelajaran)
-
Menulis buku motivasi Rahsia menjadi
jutawan.
-
Pakar perniagaan internet terkemuka.
No comments:
Post a Comment