PENGENALAN
Usahawan,
itulah gelaran dan nama yang sering kita dengar dan banggakan di serata dunia.
Usahawan ini bukan sekadar cita-cita atau angan-angan kosong sahaja, untuk
menjadinya, seseorang itu perlulah mempunyai sifat berazam, bersemangat tinggi,
kreatif dan sebagainya bagi mengekalkan perniagaan yang diterajui olehnya.
Menjadi seorang peniaga biasa bukanlah satu masalah yang besar. Tetapi jika
ingin menjadi seorang usahawan, seseorang itu perlu mempunyai daya pemikiran
yang kritis serta tidak mudah berputus asa.
Perkataan
usahawan ini membawa maksud tugas atau tanggungjawab. Ianya berasal dari
perkataan perancis iaitu ‘intreprendre’. Perkataan ini telah di inggeriskan
pada tahun 1775 iaitu ‘intrepreneur’ oleh Richard Cantillon. Pelbagai pihak
telah membuat kajian dan mencari maksud sebenar usahawan ini. Menurut Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka edisi yang ke empat telah mentakrifkan makna usahawan
sebagai seseorang yang telah mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha.
Pengusaha membawa maksud pekerjaan yang dilakukan secara besar-besaran untuk
membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.
No comments:
Post a Comment