3.0 TUGASAN B: TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA
Anthony Francis Fernandes seorang tokoh usahawan yang mempunyai beberapa ciri kemahiran dan kualiti peribadi seorang usahawan sehingga membolehkan beliau membina sebuah empayar perniagaan yang besar dan dikenali di seluruh dunia iaitu Syarikat Penerbangan Air Asia. Anthony Francis Fernandes atau lebih terkenal dengan nama Tony Fernandes dilahirkan pada tanggal 30 April 1964 di Kuala Lumpur, Malaysia. Tony Fernandes sangat popular dengan gelaran “tokey AirAsia” dan juga “Asian Tycoon”. Bapanya ialah Stephen Edward Fernandes (telah meninggal dunia), merupakan seorang doktor. Manakala ibunya pula ialah Ena Dorothy, seorang usahawan wanita yang berasal dari Melaka. (Umi Nurfazilah Mohd Hussin,2014). Terdapat beberapa ciri yang ada dalam diri beliau yang membolehkan beliau dikenali antara usahawan yang bergelar jutawan ialah ‘leadership skill’, ‘time competence’, ‘foresight’,
TAN SRI TONY FERNANDES (TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA)
Asal : Kuala Lumpur, Malaysia
Jawatan : Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah AirAsia Berhad dan Pengasas Tune Group Sdn Bhd / Pengerusi Q.P.R. Holdings Ltd
Pendidikan : Epsom College (1977-83), London School of Economics (1987)
Pencapaian:
•(Emerging Entrepreneur of the Year - Malaysia 2003) pada tahun 2004
- (Visionaries & Leadership Series) oleh International Herald Tribune, sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat
- (Malaysian CEO of the Year 2003) oleh American Express dan Business Times
SIFAT INNOVATOR
Tan Sri Anthony Fernandes atau lebih dikenali sebagai Datok Tony Fernandes. Beliau merupakan seorang usahawan yang telah mencipta rekod dengan mencipta penerbangan tambang murah di Malaysia dan tidak pernah ada lagi syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan tambang murah seperti beliau. Datok Tony Fernandes merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan di Epson College dan bekerja sebagai pengawal kewangan untuk Rekod Virgin Richard Branson di London. Beliau memegang pelbagai jawatan contoh sebagai pengarah Urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd, dan selepas itu beliau menjadi naib presiden serantau Asia Tengggara bagi Kumpulan Warner Music tetapi beliaub sanggup meletakkan jawatannya demi untuk memulakan satu syarikat penerbangan bajet tanpa perkhidmatan lebih.
Sifat innovator yang terdapat dalam diri terserlah apabila beliau mencadangkan penerbangan tambang rendah untuk rakyat yang tidak berkemampuan dengan harga yang murah dan berpatutan kerana peratusan rakyat Malaysia yang menaiki kapal terbang adalah sedikit. Disini dapat menunjukkan sifat innovator yang terdapat dalam diri beliau iaitu beliau memikirkan perubahan terhadap sesuatu produk yang sedia ada dan membuat perubahan serta perubahan yang dilakukan adalah relevan dan relalistik.
LEADERSHIPS SKILLS
TIME COMPETENCE
ABILITY TO LEARN FROM MISTAKE
LEADERSHIPS SKILLS
Selain
itu, Tony Fernandes telah mengamalkan pengurusan operasinya dengan
pelbagai cara yang meliputi ciri
kepimpinannya yang berkarisma. Tony Fernandes juga mengamalkan ‘Walk and Talk'
gaya pengurusan. Beliau percaya bahawa jika seseorang itu duduk di pejabat dan
hanya melihat laporan kewangan, dia akan membuat beberapa kesilapan besar.
Daripada harian bekerja dalam setiap bulan dia bekerja di atas tanah atau dalam
krew kabin katanya, beliau telah banyak belajar daripada bekerja di syarikat
penerbangan sendiri. Dia membuat keputusan perniagaan berdasarkan pengalaman
sendiri, pemerhatian dan maklum balas daripada krew beliau.
Di
samping itu, Tony Fernandes juga mengamalkan kepimpinan ‘employees orientated’
dalam syarikat. Fernandes berkata, pekerja lebih diutamakan berbanding pelanggannya.
Beliau percaya bahawa mempunyai tenaga kerja yang gembira, kakitangan beliau
akan menjaga pelanggannya. Seterusnya,
sifat kepimpinan Fernandes adalah ‘Anti-hierarcay’ sperti menggalakkan orang
ramai dan pekerja untuk bersuara atau memberi idea-idea. Satu contoh yang baik
adalah bagaimana pejabatnya dibina, ia membolehkan pekerjanya bersuara untuk
memberi pendapat.
Beliau
Tony Fernandes kepada semua orang adalah berbaju polo dan dengan topi besbol
yang terkenal. Pengurusan duduk di satu peringkat yang besar di pejabat ruang
terbuka, di mana ketua juruterbang mempunyai meja sudut melihat pasukan
operasi, yang terletak di sebelah pasukan atendan penerbangan, yang terletak di
sebelah kawasan penerimaan, dan di mana tidak ada pusat panggilan tetapi
pasukan chat perkhidmatan pelanggan dalam talian.
TIME COMPETENCE
Apabila
dilihat dari segi kecekapan masa Tan Sri Tony Fernandes seorang pandai
memanfaatkan peluang dan masa yang ada. Bertepatan dengan maksud kecekapan masa
dimana usahawan mengembangkan perniagaannya mengikut trend semasa atau mengikut
permintaan semasa yang tinggi. Contohnya, Tan Sri Tony Fernandes bijak
menggunakan peluang yang ada bagi memenuhi keperluan dan permintaan semasa
pelanggan. Dalam konteks ini, Tan Sri Tony Fernandes membeli syarikat Air Asia
dan mengembangkan perusahaan itu apabila mendapat nasihat daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.pada ketika itu bergelar
Perdana Menteri untuk mengambil alih AirAsia dari DRB-Hicom menerusi Tune Air
Sdn. Bhd pada tanggal 8 September 2001 untuk Syarikat Penerbangan yang
menerapkan konsep tambang murah.
Pada awalnya,
AirAsia adalah salah satu anak syarikat DRB-Hicom yang berkonsepkan kepada
industri penerbangan. Sewaktu pembelian AirAsia oleh Tan Sri Tony Fernandes, antara aset yang
dimiliki syarikat itu hanyalah dua buah kapal terbang Boeing iaitu model
737-300 (9M-AAA dan 9MAAB). Kapal terbang tersebut adalah kapal terbang yang
telah lama digunakan dan kemampuannnya untuk melakukan penerbangan diragui oleh
Tony Fernandes. Begitu juga dengan bebanan hutang yang perlu dilangsaikan Tony
yang telah mencecah RM 40 juta pada ketika itu. Oleh sebab itu, nilai jualan
yang dikeluarkan DRB-Hicom terhadap syarikat subsidiarinya itu cuma RM 1.00.
Justeru itu,
Tan Sri Tony Fernandes mengambil peluang di atas ‘time compentence’ membuat
pembelian Syarikat Air Asia setelah berlakunya peristiwa 11 September 2001
dimana rata-rata industri penerbangan di seluruh dunia telah mengalami
kerugian. Keadaan ini merupakan situasi yang paling teruk mengikut sejarah
penerbangan dunia. Disebabkan keadaan itu, masyarakat dunia telah menyatakan
kebimbangan mereka untuk menaiki pengangkutan udara terutama kapal terbang.
Oleh itu, Tan Sri Tony Fernandes merasakan bahawa masa yang dipilih untuk
membeli syarikat AirAsia pada ketika itu adalah tepat untuk membina empayar
Syarikat Penerbangan Pertama yang berkonsepkan tambang murah.
ABILITY TO LEARN FROM MISTAKE
Kegagalan
dalam suatu tindakan sudah menjadi adat resam dalam bidang yang diceburi
terutamanya di dalam perniagaan. Perkara ini turut dihadapi oleh CEO
AirAsia iaitu Tan Sri Tony Fernandes. Pada dua tahun yang lalu iaitu pada 28
Disember 2014, satu berita sedih telah diterima beliau apabila mengetahui
bahawa salah satu daripada pesawat AirAsia iaitu QZ8501 telah mengalami kecelakaan
dan terhempas di Selat Karimata, Indonesia. Seramai 162 orang yang berada dalam
pesawat tersebut dan semuanya terkorban. Ini sangat mendukacitakan apabila
persepsi orang ramai mula mengatakan AirAsia adalah punca kejadian ini dan
mereka sudah memandang rendah terhadap syarikat ini.
Walaubagaimanapun Tan Sri Tony
Fernandes menganggap hal ini bukan kegagalan untuk segala usahanya. Beliau merupakan
seorang yang tabah ketika menghadapi musibah ini. Beliau berusaha mengambil
langkah penyelesaian dengan membayar pampasan kepada mangsa-mangsa kemalangan.
Mangsa terdiri daripada warga Indonesia, Korea Selatan, Perancis, Malaysia,
Singapura dan United Kingdom. Semasa tempoh penyiasatan pula, setiap pelusuk
badan pesawat diperiksa dan mencari apakah punca kemalangan ini. Banyak negara
menghantar bantuan pencarian bangkai pesawat dan mangsanya. Waris mangsa juga
sentiasa diberitahu info tentang berita terkini berkenaan kes tersebut. Oleh
itu, terdapat banyak cara penyelesaian yang dilakukan oleh CEO AirAsia ini
untuk kembali berjaya setelah menerima satu masalah.
Kesimpulannya, terbuktilah bahawa ciri ini iaitu
kegagalan ialah satu pilihan adalah benar dan Tan Sri Tony Fernandes sendiri
telah mengalaminya. Beliau telah mengamalkan ciri yang betul dan tidak memilih
kegagalan sebagai pilihan. Tetapi beliau telah memilih untuk mengelakkan
kegagalan tersebut. Selepas kejadian tersebut, beliau telah menyuruh setiap
anak syarikatnya untuk memeriksa segala pesawat sebelum berlepas serta meningkatkan
langkah keselamatan pesawat dan penumpang. Tidak dapat dinafikan bahawa beliau
mengalami kerugian yang amat besar tetapi ini merupakan pengajaran untuk beliau
dan orang lain supaya lebih berhati-hati dan lebih peka pada masa yang akan
datang.
FORESIGHT
Tony
Fernandez merupakan seorang usahawan yang berjaya dan mempunyai ciri foresight
yang tinggi. Menurut Tony Fernandez, "Dream The Impossible" ialah
tips kejayaan yang sentiasa disebut oleh beliau. Buktinya, beliau membuat untuk
membeli pasukan bola sepak iaitu West Ham United pada bulan Mei 2011 dan beliau
melantik pengurus Harry Redknapp pada 24 November 2012 menyebabkan dua pasukan
dapat masuk Championship pada 28 April 2013.
Sekarang Tony Fernandez juga merupakan pemilik kelab bola sepak bernama
Queens Park Rangers Football Club (biasanya dirujuk sebagai QPR), kelab bola
sepak profesional di White City, London.
Tony Fernandez ialah pemilik syarikat penerbangan
Malaysia iaitu AirAsia. Beliau menunjukkan ciri foresight yang paling kuat
dalam bidang ini. Beliau membeli AirAsia dari DRB-Hicom pada 2001 dengan RM1
kecil sekali sahaja tetapi dengan RM1 ini datang sebanyak RM40 juta hutang.
Walaupun syarikat ini berhutang dengan banyak, tetapi Tony Fernandez
mempercayai dan dapat berfikir jauh syarikat ini akan mendapat pulangan yang
mewah. Beliau menggadaikan rumahnya dan menggunakan sehingga sebahagian besar
simpanan peribadinya untuk mengekalkan dan mengembangkan AirAsia. Tindakan dan
fikiran beliau tidak dapat sokongan daripada sesiapa. Kebanyakan mereka hanya
menganggap beliau sebagai seorang yang
gila, histeria, lebih-idealistik dan lebih-optimis.
Selepas setahun beroperasi, AirAsia telah membersihkan
semua hutangnya sebanyak RM40 juta dan beliau terus mengembangkan AirAsia lebih
stabil dan mempunyai skala yang besar pada hari ini. Hal ini mengejutkan semua
orang yang ragu-ragu beliau. AirAsia kini merupakan syarikat penerbangan dengan
kapsyen cap dagang "Sekarang semua orang boleh terbang" dan berjaya menjadikan AirAsia ke dalam terkenal terbaik
tambang murah syarikat penerbangan di dunia. Oleh itu, bukti-bukti ini dapat
melihat bahawa Tony Fernandez yang mempunyai sifat-sifat foresight dan membawa
Air Asia kepada sebuah syarikat penerbangan tambang rendah kejayaan di dunia.
Akhir sekali, Tan
Sri Tony Fernandes merupakan antara tokoh usahawan di Malaysia yang mempunyai
semangat yang tinggi untuk mencapai matlamat dan mempunyai ciri – ciri
kemahiran dan kualiti diri sebagai seorang usahawan. Oleh itu, setiap usahawan
hendaklah mencontohi beliau yang tidak mudah berputus asa, bijak mencari
peluang, mempunyai karekter yang ‘low profile’ menjadikan beliau mudah
didampingi para pekerjanya dan sebagainya.