Thursday, 21 April 2016

MAKSUD KEUSAHAWANAN


PENGENALAN

Usahawan, itulah gelaran dan nama yang sering kita dengar dan banggakan di serata dunia. Usahawan ini bukan sekadar cita-cita atau angan-angan kosong sahaja, untuk menjadinya, seseorang itu perlulah mempunyai sifat berazam, bersemangat tinggi, kreatif dan sebagainya bagi mengekalkan perniagaan yang diterajui olehnya. Menjadi seorang peniaga biasa bukanlah satu masalah yang besar. Tetapi jika ingin menjadi seorang usahawan, seseorang itu perlu mempunyai daya pemikiran yang kritis serta tidak mudah berputus asa.
Perkataan usahawan ini membawa maksud tugas atau tanggungjawab. Ianya berasal dari perkataan perancis iaitu ‘intreprendre’. Perkataan ini telah di inggeriskan pada tahun 1775 iaitu ‘intrepreneur’ oleh Richard Cantillon. Pelbagai pihak telah membuat kajian dan mencari maksud sebenar usahawan ini. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi yang ke empat telah mentakrifkan makna usahawan sebagai seseorang yang telah mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha membawa maksud pekerjaan yang dilakukan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.