Saturday 7 May 2016

SEMBILAN SIFAT TONY FERNANDES (TUGASAN 2)

CIRI SIFAT KEPIMPINAN TONY FERNANDES


3.0 TUGASAN B: TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA

Anthony Francis Fernandes seorang tokoh usahawan yang mempunyai beberapa ciri kemahiran dan kualiti peribadi seorang usahawan sehingga membolehkan beliau membina sebuah empayar perniagaan yang besar dan dikenali di seluruh dunia iaitu Syarikat Penerbangan Air Asia. Anthony Francis Fernandes atau lebih terkenal dengan nama Tony Fernandes dilahirkan pada tanggal 30 April 1964 di Kuala Lumpur, Malaysia. Tony Fernandes sangat popular dengan gelaran “tokey AirAsia” dan juga “Asian Tycoon”.  Bapanya ialah Stephen Edward Fernandes (telah meninggal dunia), merupakan seorang doktor. Manakala ibunya pula ialah Ena Dorothy, seorang usahawan wanita yang berasal dari Melaka. (Umi Nurfazilah Mohd Hussin,2014). Terdapat beberapa ciri yang ada dalam diri beliau yang membolehkan beliau dikenali antara usahawan yang bergelar jutawan ialah ‘leadership skill’, ‘time competence’, ‘foresight’,

TAN SRI TONY FERNANDES (TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA)

 Tarikh lahir : 30 April 1964
Asal : Kuala Lumpur, Malaysia

Jawatan  : Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah AirAsia Berhad dan Pengasas Tune Group Sdn Bhd / Pengerusi Q.P.R. Holdings Ltd

Pendidikan :  Epsom College (1977-83), London School of Economics (1987)

Pencapaian:
•(Emerging Entrepreneur of the Year - Malaysia 2003) pada tahun 2004
  •  (Visionaries & Leadership Series) oleh International Herald Tribune, sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat
  • (Malaysian CEO of the Year 2003) oleh American Express dan Business Times

   SIFAT INNOVATOR


Tan Sri Anthony Fernandes atau lebih dikenali sebagai Datok Tony Fernandes. Beliau merupakan seorang usahawan yang telah mencipta rekod dengan mencipta penerbangan tambang murah di Malaysia dan tidak pernah ada lagi syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan tambang murah seperti beliau. Datok Tony Fernandes merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan di Epson College dan bekerja sebagai pengawal kewangan untuk Rekod Virgin Richard Branson di London. Beliau memegang pelbagai jawatan contoh sebagai pengarah Urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd, dan selepas itu beliau menjadi naib presiden serantau Asia Tengggara bagi Kumpulan Warner Music tetapi beliaub sanggup meletakkan jawatannya demi untuk memulakan satu syarikat penerbangan bajet tanpa perkhidmatan lebih.
Sifat innovator yang terdapat dalam diri terserlah apabila beliau mencadangkan penerbangan tambang rendah untuk rakyat yang tidak berkemampuan dengan harga yang murah dan berpatutan kerana peratusan rakyat Malaysia yang menaiki kapal terbang adalah sedikit. Disini dapat menunjukkan sifat innovator yang terdapat dalam diri beliau iaitu beliau memikirkan perubahan terhadap sesuatu produk yang sedia ada dan membuat perubahan serta perubahan yang dilakukan adalah relevan dan relalistik.


LEADERSHIPS SKILLS


Selain itu, Tony Fernandes telah mengamalkan pengurusan operasinya dengan pelbagai  cara yang meliputi ciri kepimpinannya yang berkarisma. Tony Fernandes juga mengamalkan ‘Walk and Talk' gaya pengurusan. Beliau percaya bahawa jika seseorang itu duduk di pejabat dan hanya melihat laporan kewangan, dia akan membuat beberapa kesilapan besar. Daripada harian bekerja dalam setiap bulan dia bekerja di atas tanah atau dalam krew kabin katanya, beliau telah banyak belajar daripada bekerja di syarikat penerbangan sendiri. Dia membuat keputusan perniagaan berdasarkan pengalaman sendiri, pemerhatian dan maklum balas daripada krew beliau.

Di samping itu, Tony Fernandes juga mengamalkan kepimpinan ‘employees orientated’ dalam syarikat. Fernandes berkata, pekerja lebih diutamakan berbanding pelanggannya. Beliau percaya bahawa mempunyai tenaga kerja yang gembira, kakitangan beliau akan menjaga pelanggannya. Seterusnya, sifat kepimpinan Fernandes adalah ‘Anti-hierarcay’ sperti menggalakkan orang ramai dan pekerja untuk bersuara atau memberi idea-idea. Satu contoh yang baik adalah bagaimana pejabatnya dibina, ia membolehkan pekerjanya bersuara untuk memberi pendapat.

Beliau Tony Fernandes kepada semua orang adalah berbaju polo dan dengan topi besbol yang terkenal. Pengurusan duduk di satu peringkat yang besar di pejabat ruang terbuka, di mana ketua juruterbang mempunyai meja sudut melihat pasukan operasi, yang terletak di sebelah pasukan atendan penerbangan, yang terletak di sebelah kawasan penerimaan, dan di mana tidak ada pusat panggilan tetapi pasukan chat perkhidmatan pelanggan dalam talian.


TIME COMPETENCE



Apabila dilihat dari segi kecekapan masa Tan Sri Tony Fernandes seorang pandai memanfaatkan peluang dan masa yang ada. Bertepatan dengan maksud kecekapan masa dimana usahawan mengembangkan perniagaannya mengikut trend semasa atau mengikut permintaan semasa yang tinggi. Contohnya, Tan Sri Tony Fernandes bijak menggunakan peluang yang ada bagi memenuhi keperluan dan permintaan semasa pelanggan. Dalam konteks ini, Tan Sri Tony Fernandes membeli syarikat Air Asia dan mengembangkan perusahaan itu apabila mendapat nasihat daripada Tun  Dr. Mahathir Mohamad.pada ketika itu bergelar Perdana Menteri untuk mengambil alih AirAsia dari DRB-Hicom menerusi Tune Air Sdn. Bhd pada tanggal 8 September 2001 untuk Syarikat Penerbangan yang menerapkan konsep tambang murah. 
Pada awalnya, AirAsia adalah salah satu anak syarikat DRB-Hicom yang berkonsepkan kepada industri penerbangan. Sewaktu pembelian AirAsia oleh  Tan Sri Tony Fernandes, antara aset yang dimiliki syarikat itu hanyalah dua buah kapal terbang Boeing iaitu model 737-300 (9M-AAA dan 9MAAB). Kapal terbang tersebut adalah kapal terbang yang telah lama digunakan dan kemampuannnya untuk melakukan penerbangan diragui oleh Tony Fernandes. Begitu juga dengan bebanan hutang yang perlu dilangsaikan Tony yang telah mencecah RM 40 juta pada ketika itu. Oleh sebab itu, nilai jualan yang dikeluarkan DRB-Hicom terhadap syarikat subsidiarinya itu cuma RM 1.00.
Justeru itu, Tan Sri Tony Fernandes mengambil peluang di atas ‘time compentence’ membuat pembelian Syarikat Air Asia setelah berlakunya peristiwa 11 September 2001 dimana rata-rata industri penerbangan di seluruh dunia telah mengalami kerugian. Keadaan ini merupakan situasi yang paling teruk mengikut sejarah penerbangan dunia. Disebabkan keadaan itu, masyarakat dunia telah menyatakan kebimbangan mereka untuk menaiki pengangkutan udara terutama kapal terbang. Oleh itu, Tan Sri Tony Fernandes merasakan bahawa masa yang dipilih untuk membeli syarikat AirAsia pada ketika itu adalah tepat untuk membina empayar Syarikat Penerbangan Pertama yang berkonsepkan tambang murah.


ABILITY TO LEARN FROM MISTAKE


         Kegagalan dalam suatu tindakan sudah menjadi adat resam dalam bidang yang diceburi terutamanya di dalam perniagaan.  Perkara ini turut dihadapi oleh CEO AirAsia iaitu Tan Sri Tony Fernandes. Pada dua tahun yang lalu iaitu pada 28 Disember 2014, satu berita sedih telah diterima beliau apabila mengetahui bahawa salah satu daripada pesawat AirAsia iaitu QZ8501 telah mengalami kecelakaan dan terhempas di Selat Karimata, Indonesia. Seramai 162 orang yang berada dalam pesawat tersebut dan semuanya terkorban. Ini sangat mendukacitakan apabila persepsi orang ramai mula mengatakan AirAsia adalah punca kejadian ini dan mereka sudah memandang rendah terhadap syarikat ini.

            Walaubagaimanapun   Tan Sri Tony Fernandes menganggap hal ini bukan kegagalan untuk segala usahanya. Beliau merupakan seorang yang tabah ketika menghadapi musibah ini. Beliau berusaha mengambil langkah penyelesaian dengan membayar pampasan kepada mangsa-mangsa kemalangan. Mangsa terdiri daripada warga Indonesia, Korea Selatan, Perancis, Malaysia, Singapura dan United Kingdom. Semasa tempoh penyiasatan pula, setiap pelusuk badan pesawat diperiksa dan mencari apakah punca kemalangan ini. Banyak negara menghantar bantuan pencarian bangkai pesawat dan mangsanya. Waris mangsa juga sentiasa diberitahu info tentang berita terkini berkenaan kes tersebut. Oleh itu, terdapat banyak cara penyelesaian yang dilakukan oleh CEO AirAsia ini untuk kembali berjaya setelah menerima satu masalah.

Kesimpulannya, terbuktilah bahawa ciri ini iaitu kegagalan ialah satu pilihan adalah benar dan Tan Sri Tony Fernandes sendiri telah mengalaminya. Beliau telah mengamalkan ciri yang betul dan tidak memilih kegagalan sebagai pilihan. Tetapi beliau telah memilih untuk mengelakkan kegagalan tersebut. Selepas kejadian tersebut, beliau telah menyuruh setiap anak syarikatnya untuk memeriksa segala pesawat sebelum berlepas serta meningkatkan langkah keselamatan pesawat dan penumpang. Tidak dapat dinafikan bahawa beliau mengalami kerugian yang amat besar tetapi ini merupakan pengajaran untuk beliau dan orang lain supaya lebih berhati-hati dan lebih peka pada masa yang akan datang.

FORESIGHT
Tony Fernandez merupakan seorang usahawan yang berjaya dan mempunyai ciri foresight yang tinggi. Menurut Tony Fernandez, "Dream The Impossible" ialah tips kejayaan yang sentiasa disebut oleh beliau. Buktinya, beliau membuat untuk membeli pasukan bola sepak iaitu West Ham United pada bulan Mei 2011 dan beliau melantik pengurus Harry Redknapp pada 24 November 2012 menyebabkan dua pasukan dapat masuk Championship pada 28 April 2013.  Sekarang Tony Fernandez juga merupakan pemilik kelab bola sepak bernama Queens Park Rangers Football Club (biasanya dirujuk sebagai QPR), kelab bola sepak profesional di White City, London.
Tony Fernandez ialah pemilik syarikat penerbangan Malaysia iaitu AirAsia. Beliau menunjukkan ciri foresight yang paling kuat dalam bidang ini. Beliau membeli AirAsia dari DRB-Hicom pada 2001 dengan RM1 kecil sekali sahaja tetapi dengan RM1 ini datang sebanyak RM40 juta hutang. Walaupun syarikat ini berhutang dengan banyak, tetapi Tony Fernandez mempercayai dan dapat berfikir jauh syarikat ini akan mendapat pulangan yang mewah. Beliau menggadaikan rumahnya dan menggunakan sehingga sebahagian besar simpanan peribadinya untuk mengekalkan dan mengembangkan AirAsia. Tindakan dan fikiran beliau tidak dapat sokongan daripada sesiapa. Kebanyakan mereka hanya menganggap beliau sebagai seorang yang  gila, histeria, lebih-idealistik dan lebih-optimis.
Selepas setahun beroperasi, AirAsia telah membersihkan semua hutangnya sebanyak RM40 juta dan beliau terus mengembangkan AirAsia lebih stabil dan mempunyai skala yang besar pada hari ini. Hal ini mengejutkan semua orang yang ragu-ragu beliau. AirAsia kini merupakan syarikat penerbangan dengan kapsyen cap dagang "Sekarang semua orang boleh terbang" dan berjaya  menjadikan AirAsia ke dalam terkenal terbaik tambang murah syarikat penerbangan di dunia. Oleh itu, bukti-bukti ini dapat melihat bahawa Tony Fernandez yang mempunyai sifat-sifat foresight dan membawa Air Asia kepada sebuah syarikat penerbangan tambang rendah kejayaan di dunia.
Akhir sekali, Tan Sri Tony Fernandes merupakan antara tokoh usahawan di Malaysia yang mempunyai semangat yang tinggi untuk mencapai matlamat dan mempunyai ciri – ciri kemahiran dan kualiti diri sebagai seorang usahawan. Oleh itu, setiap usahawan hendaklah mencontohi beliau yang tidak mudah berputus asa, bijak mencari peluang, mempunyai karekter yang ‘low profile’ menjadikan beliau mudah didampingi para pekerjanya dan sebagainya. 







9) SIFAT FORESIGHT ( TUGASAN 1)

9) FORESIGHT

LIM GOH TONG

Lim Goh Tong merupakan seorang usahawan Tionghoa dan presiden seumur hidup Kumpulan Genting yang telah meninggal dunia pada tahun 2006 dan terkaya di Malaysia dan Asia pada tahun 2005. Hartanya pada masa itu mempunyai sebanyak RM421.60 bilion. Beliau merupakan seorang usahawan yang foresight. Beliau menubuhkan Genting Resort. Idea menubuh Genting resort ialah beliau pelancong ke Cameron Highlands. Pada masa ini, beliau membuat keputusan membina Genting Resort dengan sebuah resort besar-besaran yang akan menyediakan perjudian bertaraf dunia, taman permainan dan penginapan tetapi  idea beliau dibantah oleh semua orang. Beliau sangat yakin bahawa idea ini boleh berjaya dan mendapat pulangan yang mewah.
            Akhirnya Genting Resort merupakan satu idea yang kejayaan besar. Ramai pelancong datang ke Genting Highlands untuk berjudi, rehat, dan pelancong. Beliau memperoleh pulangan pelaburannya dan keuntungan yang mewah. Beliau lagi foresight untuk mencari peluang yang lagi banyak dalam bidang lain seperti Genting Resort berkembang ke dalam industri lain seperti perladangan, penjanaan kuasa, cari gali minyak dan gas, bioteknologi dan banyak lagi. Kumpulan Genting juga mengendalikan kasino-resort di bahagian-bahagian lain di dunia hingga ke hari ini. Syarikat itu telah melabur dalam hartanah seperti Foxwoods di Amerika Syarikat dan Resorts World di New York City. Seperti bukti-bukti yang telah dinyatakan di atas, Lim Goh Tong merupakan seorang usahawan yang foresight.

Pencapaian dan Kerjayaan:
·         Malaysian Entrepreneurs Award 1985
·         Manager of the Year Award 1986
·         Business Achiever of the Year Award1994
·         Number 1 ranking of 10 Malaysian Leading Companies 1999
·         The Best Employer Award 1996

6) SIFAT PERCEPTIVENESS (TUGASAN 1)



6)PERCEPTIVENESS

John Alfred Paulson


 John Alfred Paulson merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri ketajaman daya tanggapan. John Alfred Paulson mempunyai nilai bersih sebanyak $ 13.5 bilion menurut Forbes pada 2014.

Paulson memulakan kerjayanya di ‘Boston Consulting Group’ pada tahun 1980 di mana beliau membuat kajian dan memberikan nasihat kepada syarikat-syarikat. Paulson bercita-cita tinggi untuk bekerja dalam pelaburan di Wall Street, beliau telah melepaskan peluang untuk menyertai ‘Odyssey Patners’. Beliau berpindah ke Bear Sterns bekerja dalam penggabungan dan pengambilalihan jabatan, dan untuk ‘Gruss Partners LP’, di mana beliau akan menjadi rakan kongsinya. Pada tahun 1994, beliau mengasaskan “hedge fund” sendiri, iaitu Paulson & Co dengan $ 2 juta dan seorang pekerja yang terletak di ruang pejabat yang disewa daripada ‘Bear Stearns’ di tingkat 26th di 277 Park Avenue. Firma itu berpindah ke-57th di ‘Madison’ pada tahun 2001. Menjelang tahun 2003, dana itu telah berkembang kepada $ 300milion dalam assetnya.

Perceptiveness beliau tidak pernah berhenti apabila Paulson dan syarikatnya pakar dalam pelaburan ‘event-driven’ dan dia telah membuat pelaburan beratus-ratus tersebut sepanjang kerjayanya.Pada tahun 2010, beliau mencatat satu lagi rekod “hedge fund” dengan membuat hampir $ 5billon dalam tempoh setahun. Walau bagaimanapun pada tahun 2011, beliau mengalah membuat pelaburan di Bank of America, Citigroup dan penipuan yang disyaki China berdasarkan syarikat tersenarai di Kanada, Sino Forest Corporation. Dana utama miliknya, ‘Advantage Fund Paulson’, berasa mendadak pada 2011, kemudian Paulson juga telah menjadi pelabur utama dalam emas.

‘Hedge fund manager John Paulson’ adalah perseptif dalam menilai perniagaan dan jurang perniagaan. . Seorang usahawan yang berpengetahuan mesti dapat merebut peluang pada bila-bila masa untuk bersaing dengan orang lain. John Paulson sentiasa memikirkan tanggapan pada masa hadapan dengan pelbagai idea dan perancangan yang hebat. Dengan membekalkan idea-idea yang hebat, beliau dapat menjalankan perniagaan sekaligus sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

John Paulson, pengasas AS $ 18 bilion dalam syarikat Paulson & Co., terjatuh dalam barisan dari No.3 pada tahun 2014 kepada No.7 pada tahun 2015. LCH menganggarkan jurang dana yang berbeza adalah $ 2,1 bilion pada 2015.



5) SIFAT TIME COMPETENCE (TUGASAN 1)

5. DATO HAJI AMEER ALI BIN MYDIN (TIME COMPETENCE)
Tarikh Lahir: 4 Jun 1956

Asal : Kota Bharu, Kelantan

Jawatan : Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd

Antara anugerah yang diterima:

•    Malaysia Business Leadership Awards 2009 under the category of Master CEO of the year 2009 by Kuala Lumpur Chamber of Commerce

•        Brand Laureate SMEs Chapter Awards 2009 under the category of Personality Award
•        Pemenang ke-8 Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award 2009 di bawah kategori Kepimpinan Kecemerlangan.
Dato Haji Ameer Ali Bin Mydin merupakan usahawan dan individu yang mempunyai aspek kecekapan masa dalam kepengurusan perniagaannya yang boleh dijadikan ikutan buat usahawan. Dato’ Haji Ameer Ali Bin Mydin dilahirkan pada 4 Jun 1956 di Kota Bharu, Kelantan adalah Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd yang lebih terkenal dengan Syarikat Mydin Mall. Mydin Mall merupakan pengusaha pasaraya yang terbesar  secara borong dan peruncit di negara ini. Lebih daripada 95 anak syarikat Mydin (cawangan) di seluruh Malaysia yang telah beroperasi sehingga tahun 2015 yang merangkumi pelbagai jenis perniagaan dari pasar mini, kedai serbaneka dan bazar, pasar raya besar, emporium dan sebagainya.

 Contohnya beliau tidak suka membuang masa dan sentiasa mengingatkan para pekerjanya dengan kata-kata “Jika anda tiba tepat pada waktunya, anda adalah lewat”. Aspek kecekapan masa dapat dilihat apabila bijaknya usahawan itu menggunakan peluang yang ada bagi memenuhi keperluan dan permintaan semasa pelanggan. Bagi Dato Haji Ameer Ali Bin Mydin beliau menunjukkan kecekapan masa dengan memperkenalkan konsep jualan barang pada harga borong apabila kenaikan harga barangan dan permintaan yang tinggi terhadap keperluan asas kehidupan seorang manusia pada masa kini

7) ABILITY TO LEARN FROM MISTAKE (TUGASAN 1)

7) ABILITY TO LEARN FROM MISTAKES
DATO' YUSOF HASLAM.
Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip serta pelakon, beliau juga adalah Pengarah Urusan di Skop Production.   anak-anak syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah), Skop Publishing (novel dan buku) dan ME Communication (post production dan penerbitan drama serta filem). Dato’ Yusof Haslam yang sentiasa menerima kritikan membina berikutan filem berunsur komersial seperti Sembilu, Gerak Khas The Movie dan banyak lagi turut menyifatkan anugerah yang diterimanya itu amat bernilai buat dirinya dan membuktikan segala penat lelahnya sebagai penggiat seni perfileman sejak 1970-an mendapat penghargaan masyarakat dan media masa. Setiap tayangan filem dan drama yang diarahkan oleh beliau, akan ada  kritikan dan cadangan bagi menjamin mutu arahan beliau.
         Datuk Yusof Haslam adalah seorang pengarah yang cukup prihatin dengan masalah-masalah sosial di kalangan remaja dan juga masyarakat kota. Dalam filem-filemnya sering digambarkan kemelut remaja kota, kehidupan remaja yang terbiar, keluarga yang bermasalah dan juga keluarga yang ketat memberikan perlindungan kepada anak-anak remaja. Melalui filem-filem arahan Dato’ Yusof Haslam masyarakat didedahkan dengan segala permasalahan itu dan nasihat serta langkah untuk mengatasinya. Daripada strategi pasaran, remaja adalah golongan terbesar yang menonton filem di pawagam. Justeru itu tidak hairanlah kalau pemaparan persoalan atau kisah remaja adalah cara terbaik untuk menarik golongan remaja ini ke pawagam. Dato’ Yusof Haslam menggunakan pendekatan untuk menasihati para remaja melalui filem arahan beliau. Elemen nilai kesedaran ditambah seiring peredaran zaman. Kekurangan keberkesanan filem arahan beliau sentiasa diambil sebagai iktibar dan kayu pengukur untuk menghasilkan filem yang lebih baik.

Wednesday 4 May 2016

8) SIFAT ETHICAL CONSCIOUSNESS (TUGASAN 1).

8)KESEDARAN ETIKA( ETHICAL CONSCIOUSNESS)

DATO' SITI NUR HALIZA

Berkongsi angan-angan ini dengan suami tercinta iaitu Dato’ Seri Khalid , angan-angan Dato’ Siti telah disokong sepenuhnya oleh suami. Beliau turut dibantu oleh kawan-kawan rapat dan pakar-pakar industri sebagai rakan kongsi perniagaan. Pada  tahun 2008 menandakan satu permulaan perjalanan keghairahan dan komitmen untuk menjadikan SimplySiti sebagai satu jenama yang benar-benar melambangkan wanita yang diilhamkan oleh Dato’ Siti. Harapan beliau agar produk kosmetik beliau dapat dipasarkan di pasaran Negara luar seperti Singapura, Brunei, Indonesia serta Timur Tengah. Hal ini demikian kerana produk kosmetik beliau didiktiraf oleh Jakim dan bakal pengguna produk ni majoritinya muslim. Berdasarkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang teliti , reka bentuk pembungkusan yang menarik, sehinggalah kepada pemilihan bahan-bahan semula jadi untuk manfaat maksimum,telah dilakukan secara berhati-hati.

Ketika  R&D dijalankan selama 6 bulan Dato’ Siti telah mengguna dan menguji sendiri produk yang diproses sebelum ianya berjaya dipasarkan kepada orang ramai. Umum mengetahui bahawa Korea merupakan pusat pembikinan dan penghasilan  produk kosmetik yang terhebat di dunia. Dato Siti dan pasukannya telah mengambil inisiatif dengan membawa beberapa ahli saintis Korea ke Malaysia. Tujuan utama adalah untuk mengkaji dan merasai cuaca di sini supaya mereka faham masalah dialami oleh wanita-wanita di Malaysia. Bahan-bahan yang digunakan dalam produk Simply Siti adalah berunsurkan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak daun Prunella Vulgaris. Ekstrak daun ini mampu merawat semula luka dan radang kulit.

Namun begitu, Dato’ Siti telah diduga dengan kenyataan bahawa produk kosmetik SimplySiti dikatakan mengunakan berus bulu babi dalam produknya. Menjawab andaian negatif yang mampu menjatuhkan perniagaan serta mencemarkan imej baik yang dipelihara beliau, Dato’ Siti telah menafikan dakwaan tersebut dengan segera. Sejurus selepas itu, dalam masa beberapa hari sahaja, kesemua produk keluaran syarikat beliau disahkan secara rasmi telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dipasarkan kepada umum.
Mula diadakan dengan pemahaman tentang cabaran zaman moden wanita, SimplySiti dengan slogan " rahsiaku kini milikmu" telah dilancarkan pada Mac 2010.  Setelah 3 tahun, SimplySiti telah membina kedudukannya dalam pasaran kecantikan, sebagai jenama yang menjanjikan 'Simply Beautiful' dan memastikan untuk menyediakan dan memenuhi keperluan kecantikan wanita Malaysia dan seterusnya.

TOKOH KEUSAHAWANAN DAN SIFAT



Tokoh-tokoh yang mempunyai sifat keusahawana:


1) INTERGRITY AND RELIABILITY

Faiza Bawumi Syed Ahmad
(Pengasas jenama beras Faiza)


2) INOVATOR

Noor Irfan Khairi Noor Azmi
(Usahawan perniagaan internet)




3) VERSATILITY


Dr. Haruhisa Handa 
(Versatility)



4) LEADERSHIPS SKILLS
Dr. Maznah Hamid
(Pengerusi Eksekutif Kumpualan Securiforce).




5) TIME COMPETENCE
Dato Haji Ameer Ali Bin Mydin 
(Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd)






6) PERCEPTIVENESS
John Alfred Paulson 
(Dermawan)




7) ABILITY TO LEARN FROM MISTAKE

Dato' Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan
(Pengarah Filem) 




8) ETHICAL CONSCIOUSNESS

Dato’ Siti Nurhaliza 
(Penyanyi yang tersohor)



9) FORESIGHT
Lim Goh Tong 
(usahawan Tionghoa dan presiden seumur hidup Kumpulan Genting)